Monday 31 October 2016



Bahan bahan untuk sup:

1 kg tulang lembu yang berdaging 
4 ulas bawang putih - dimayang 
4 ulas bawang merah - dimayang 
1 inci halia - dimayang 
4 kuntum bunga cengkih * 
1 kulit kayu manis * 
3 kuntum bunga lawang * 
3 biji buah pelaga * 
1 batang serai 
2 pokok ketumbar - ambil bahagian akarnya 
Sos ikan ikan
Gula kabung 
Garam 
Air secukupnya

Bahan sampingan :

Bihun - rendam dan celur 
Perut lembu yang telah direbus - potong saiz sesuai 
Bawang putih goreng bersama minyak 
Chili flakes 
Daun ketumbar 
Kacang tumbuk Taugeh - dicelur 
Kangkung - dicelur 
Limau nipis


Cara Memasak : 

1. Rebus tulang di dalam periuk tekanan sehingga empuk. ( Jimatkan masa ) 
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan semua bahan bertanda * hingga naik bau. Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya. 
3. Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula somtam dan juga garam. Matikan api. 
4. Masukkan bihun ke dalam mangkuk, masukkan semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup. Bihun sup siam sedikit berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan. 

*** Bawang Putih Goreng penting sebab ia memberi kelainan pada rasa Bihun Sup Siam. Selain sup tulang dan daging lembu, sup ayam juga boleh digunakan untuk bihun sup siam. 





0 comments:

Post a Comment