Tuesday 20 August 2013



PENYEDIA perkhidmatan komunikasi U Mobile memperkenalkan pelan pascabayar baru bersama telefon pintar yang disasarkan kepada pengguna yang memerlukan sambungan internet sepanjang masa.

Pelan Ultimate Device Postpaid Plan itu didatangkan bersama telefon pintar Android dan direka bagi memenuhi trend telefon bimbit yang kini lebih bergantung kepada data untuk mengakses internet sama ada untuk kerja atau memenuhi masa lapang.

Pengarah Pemasaran U Mobile Jasmine Lee berkata, penggunaan telefon pintar dan data di Malaysia berkembang sangat pesat dan kini dianggap sebagai perkhidmatan yang perlu ada bagi setiap pengguna.

"Ini juga membawa kepada perubahan dalam platform yang digunakan pelanggan untuk mendapatkan sambungan internet. Pelan baru ini menawarkan perkhidmatan yang memenuhi keperluan ini, dengan data berkualiti pada harga mampu dimiliki," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut U Mobile, pelan baru itu mempunyai had data antara paling tinggi dalam industri itu, memberikan pengguna lebih peruntukan data untuk peranti pintar mereka.

Antara pakej ditawarkan adalah Ultimate Device 158 yang didatangkan dengan internet tanpa had 5GB serta 200 minit panggilan suara percuma dan 200 SMS percuma ke semua rangkaian dan juga pelan Ultimate Device 98 yang menawarkan pengguna data tanpa had sehingga 4GB.

0 comments:

Post a Comment