Friday 19 July 2013

rsz_air_jagung

BAHAN-BAHANNYA :-)

Pati minuman jagung secukupnya (sebarang jenama, cm guna cap double lion)
Air secukupnya
Gula secukup rasa
1/2 tin jagung dalam tin
1 tin susu cair
2 camca besar susu pekat manis
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak air bersama gula, cm pun ikut cara Kak Ita, satu kole air dimasak dengan 6 camca besar gula, masak hingga larut. Tambah pati minuman perisa jagung secukupnya, yang ni anda agak2 lah yea, hingga anda dapat aroma dan warna yang secukupnya. Masa lagi hingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin, kacau dan tutup api. Tambah susu pekat manis dan kacau rata. Biarkan sejuk dan hidangkan bersama ais kiub untuk berbuka puasa nanti..

0 comments:

Post a Comment