Thursday 27 June 2013

Chef Anis Nabilah Ep2-Thai Beef Salad/Salad Daging Rasa Thai

Bahan-bahan:

200gm Daging Steak 
½ sudu kecil Lada Hitam
½ sudu Garam
1 sudu kecil Minyak Bijan
100gm Baby Romaine
100gm Arugula
2 batang umbut Serai
80gm Soo Hoon
4 keping Daun Limau Purut
5 biji Bawang Merah
8 biji Cherry Tomato 
6 biji Cili Padi Merah
1 Biji Limau Nipis
3 sudu besar Sos Thai
1 ikat Daun Ketumbar


Cara Menyediakan:

• Menggunakan daging steak bahagian rum.
• Taburkan sedikit lada hitam dan garam diatas daging tersebut.
• Panaskan kuali leper dengan minyak bijan.
• Masakkan daging steak selama 4 minit.
• Sediakan salad dengan baby romaine dan arugula.
• Hiriskan umbuk serai dan taburkan di atas soo hoon yang telah dicelurkan.
• Cincang daun limau perut dengan halus dan taburkan ke atas soo hoon.
• Hiriskan bawang merah.
• Cherry tomato belah kepada dua.
• Cili padi merah dihiris halus.
• Perahkan satu biji limau nipis campurkan sedikit sos thai dan jus daging yang telah panggang tadi.
• Hiriskan daging nipis-nipis dan campurkan ke dalam soo hoon.
• Gaulkan sehingga rata dan campurkan ke dalam salad campuran.
• Taburkan daun ketumbar.


Tips:

 Jika anda tidah gemarkan daging, anda juga boleh menggunakan udang atau sotong.

0 comments:

Post a Comment