Wednesday 26 June 2013

Chef Anis Nabilah Ep9 - Seafood Paella

BAHAN-BAHAN:

1 ½ cawan beras ponni, yang telah dicuci bersih dan di tos kan

3 sudu besar minyak zaitun

1 biji bawang besar, dicincang

1 labu bawang putih yang telah dicincang

2 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar serbuk lada hitam

2 biji tomato, dipotong 8

1 ikat daun ketumbar, dihiris kasar

500gm udang, dikupas kulit (kulitnya perlu direbus)

300gm kupang

100ml air rebusan kulit udang

400ml cawan air suam 

2 cubit rempah saffron

2 sudu besar jus lemon

lada putih (secukup rasa)

garam (secukup rasa)

gula (secukup rasa)

CARA PENYEDIAAN:

•Masukkan saffron kedalam air suam dan biarkan selam 15 minit.
•Panaskan sedikit minyak zaitun didalam kuali dan masukkan bawang besar yang telah dicincang, bawang putih, 1 sudu serbuk cili dan sedikit serbuk lada putih. 
•Tumiskan sehingga bau harum dan masukkan 1 biji tomato yang telah dipotong 8, dan garam, gula secukup rasa.. masukkan jus lemon. 
•Masukkan udang yang telah dikupas kulit dan kupang. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
•Masukkan beras ponni kedalam periuk nasi dan masukkan air rebusan kulit udang dan air yang telah direndam dengan saffron dan juga bahan-bahan yang telah ditumis tadi. Biarkan nasi masak.  

0 comments:

Post a Comment