Saturday 22 June 2013



Bahan - bahan
1 kg beras nasi dagang
2 biji kelapa (ambil 1.5 liter santan)
10 ulas bawang merah
6 sm kecil halia
1 sudu kecil halba
Garam secukupnya
Bahan kuah1 kg ikan tongkol
1 1/2 biji kelapa - jadikan 800 ml santan
15 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
3 sm halia (cili kering, bawang merah, bawang putih & halia) - dikisar (A)
10 biji cili padi - diketuk
4 sm lengkuas - diketuk
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 keping asam gelugurMinyak masak & garam

Cara membuat
1. Beras direndam selama 5 jam. Toskan dan masukkan ke dalam pengukus. Taburkan halba, bawang merah & halia. Tuangkan santan dan digaul rata. Kukus hingga masak.
2. Ikan tongkol dipotong dan dibersihkan. Gaulkan dengan garam & asam gelugur. Kukur selama 10 minit.
3. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan (A) hingga berbau.
4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk jintak manis & lengkuas.
5. Seterusnya, masukkan santan. Apabila mendidih, masukkan ikan, garam, gula pasir & cili padi. Masak hingga kuahnya pekat.

0 comments:

Post a Comment