Thursday 13 June 2013


Ada pelbagai jenis makanan. Dua paling utama ialah makanan sihat dan juga makanan tidak sihat. Sementara itu, makanan sihat pula dibahagikan kepada tiga yakni makanan ringan, sederhana dan berat. Kali ini kita berbual-bual mengenai jenis-jenis makanan ringan tetapi menyihatkan.
Bilakah waktu yang sesuai menikmati makanan ringan sebenarnya? Ia sepatutnya diambil di antara waktu-waktu makan utama. Biasanya sejam hingga beberapa jam sebelum tibanya masa makan pagi atau makan tengahari atau makan malam.
Sebenarnya mengudap makanan ringan bukanlah salah, namun anda perlu bijak memilih jenis kudapan yang betul. Tetapi biasanya, daripada memilih kudapan menyihatkan seperti epal atau betik, ramai daripada kita lebih tertarik dan cenderung menikmati kudapan yang menggoda selera, yang segera dan pastinya yang kelihatan lazat.
Ada yang mudah bosan. Jadi, bagaimana jika sudah bosan dengan makanan ringan menyihatkan seperti buah epal, betik ataupun buah-buahan lain bagi mengalas perut? Pertama sekali, jangan ubah kebiasaan baik anda itu dengan menggantikan makanan bergoreng ataupun makanan segera yang tidak menyihatkan.
Makanan berikut, boleh anda amalkan dan diselangi dengan snek buah-buahan yang biasa dimakan kerana jenis makanan-makanan ringan ini tidak akan menggemukkan anda..
Sudahkah anda membaca blog khas yang menyajikan pelbagai panduan khusus untuk mereka yang mengejar impian menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik ini?
- Kacang -
Seganggam kacang tanah rebus atau badam dalam sehari tidak akan menggemukkan anda. Makanan sebegini kaya protein semula jadi dan serat ini boleh mengalas perut anda yang sedang berkoroncong kelaparan. Pilih kacang yang diolah tanpa minyak dan bahan perasa tambahan buatan.
- Yogurt -
Pasti tidak sukar bukan kerana anda juga sukakan yogurt, Dari segi rasa dan aroma, yogurt tentu lebih enak berbanding susu,. Kandungan kalsiumnya setara dengan susu, jadi ia bukan satu masalah bagi menggantikan susu dengan yogurt. Kalsium yang terdapat di dalamnya juga boleh menjauhkan lemak dari dalam tubuh anda. Oeh itu, mulailah menikmati yogurt di sela-sela kesibukan anda di pejabat mahupun di rumah sambil menonton TV. Lebih lanjut mengenai yogurt sila baca post mengenainya di sini.
- Telur -
Telur sering disalahertikan boleh menggemukkan. Sebenarnya, selagi anda bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, anda tidak perlu khuatir tentang isu tersebut. Makanan ini kaya dengan protein, rendah kalori dan boleh membuat anda kenyang dengan lebih lama. Olah makanan anda yang berasaskan telur tanpa minyak mahupun mentega.
- Roti Gandum -
Jika anda mahu menikmati makanan yang mudah berasaskan dari gandum, makanlah roti gandum. Roti gandum lebih baik berbanding roti putih. Ketepikan mi atau pasta segera yang terdapat di dalam stok makanan anda. Selain itu, boleh juga gantikan dengan oat yang boleh anda makan selepas dibancuh dengan air panas selama 3minit. Ia kaya dengan serat yang boleh membuat perut kenyang serta menyihatkan.
- Avokado -
Selain telur, buah ini juga antara buah-buahan yang sering dianggap boleh membuat anda mengalami kegemukan. Sememangnya buah ini mengandungi lemak, tetapi ia merupakan lemak baik untuk jantung anda. Pilihlah avokado yang segar. Anda boleh makan mentah atau tambahkan sedikit madu jika anda mahu menikmati jusnya.
- Cendawan -
Daripada anda mengunyah sepotong piza, atau mi goreng segera, lebih baik anda pilih menikmati hidangan cendawan butang atau lain-lain jenis cendawan yang dimasak air yang dicampurkan dengan sedikit bawang Bombay dan hirisan oregano. Tentunya tanpa minyak dan marjerin. Ini kerana, cendawan adalah makanan yang rendah kalori, mengandungi serat dan membuat anda kenyang sehingga tiba waktu makan utama anda.

0 comments:

Post a Comment